Isnin, 5 Julai 2010

Thelesimia! Phsikokimia! Skinzofimia! Kanser otak??

Aku menghidap penyakit barah otak?

Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologidoktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahankemoterapidan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Karangan yang di petik dari ms.wikipedia.org. Aku terasa seperti di awangan setiap kali bangun pagi. Azan subuh pun yang sayup pun susah nak dengar. Harapkan pada ayam di kejiranan sahaja untuk mengejut aku bangun. Itupun di dada terasa seribu alasan. 

Kongsi pengalaman.=) penyakit sebegini biasa terjadi kepada mereka yang selalu dan aktif mengambil alkohol dan rokok. Makluman rokok pun mengandungi alkohol. Kebiasaannya akan berlanjutan selama 1 tahun hingga 5 tahun. Untuk yang kurang aktif akan mengalami sesak nafas dalam tempoh 6 bulan. Rokok yang berkurangan adalah kerana kenaikan harga rokok. Faktor kenaikan harga rokok adalah amat sekali di titik beratkan. Kerajaan Malaysia yang telah menghapuskan rokok - rokok bersaiz kecil dan menaikkan harga rokok bersaiz besar adalah untuk mengurangkan pesakit - pesakit kronik yang di hidap oleh masyarakat. Kebarangkalian untuk pesakit sembuh adalah 10% daripada 10 apabila penyakit kronik seperti penyakit kecing manis, sesak nafas, kanser. Semuanya berkait dengan rokok. Ada yang terselamat dan hidup dengan bergantung bekalan oksigen yang terpaksa di pam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah aku terselamat, walaupun hidup di kelilingi oleh perokok. Namun atas doa dan keberkatan dari ibu bapa yang dikasihi yang di berikan oleh Allah s.w.t. Aku mampu hidup dengan bekalan oksigen yang di proses oleh tumbuh - tumbuhan di sekeliling aku. Aku berterima kasih kepada mereka yang bergelar kawan kerana memberikan aku kesungguhan dan dorongan. Takbir. Allahuakbar.

Kesungguhan untuk aku merehatkan tubuh badan dan menjana semula tenaga sebagai seorang umat yang soleh sudah tercapai! Semoga Allah s.w.t memberikan aku keredhaan dan kemanfaat-tan dan pengajaran terhadap kejadian - kejadian dan musibah yang tidak menentu ke atas hamba mu. Amin ya rabbal al amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular